Friday, November 5, 2010

Tips menggalakkan anak belajar!


Setiap anak yang lahir ke muka bumi ini sudah tertanam sikap “ingin tahu yang membuak-buak” di dalam diri mereka. Mereka ingin tahu segala-galanya. Bagi mereka belajar itu adalah bermain, ianya sangat menyeronokkan!.
Mereka ingin meneroka, setiap tempat baru yang mereka pergi adalah pengembaraan yang mengasyikkan. Tahun-tahun pertama dalam kehidupan mereka adalah tahun “ilmu” yang penuh dengan “pembelajaran”.
Percayalah, seorang anak belajar jauh lebih banyak perkara pada tahun-tahun awal ini berbanding tahun-tahun seterusnya (kerana selepas itu mereka lebih banyak menghabiskan masa menggunakannya). Mereka belajar mengenai perasaan dan perhubungan (mengenai perasaan seperti sedih, marah, cinta, suka, percaya, cemburu, takut, benci dan sebagainya), mengenai bahasa ( perkataan-perkataan awal mereka), mengenai bagaimana sesuatu benda berfungsi, mengenai alam di sekeliling mereka, dan banyak lagi.
Namun, entah mengapa, semakin dewasa, belajar sudah tidak lagi datang dari dalam diri, malah, kadangkala ianya menjadi suatu yang perlu dipaksa. Alangkah baiknya sekiranya perasaan “ingin tahu” seorang anak kecil itu berkekalan sehingga mereka dewasa.
Begitu membara sehingga tak mampu ditahan-tahan lagi. Suara larangan ibu, malah ugutan sekali pun kadang-kadang tak diperdulikan lantaran terlalu ingin untuk “tahu”.
Di sini ada beberapa tips, bagaimana mengekalkan perasaan ingin tahu pada seorang anak :
1. Memberi, menggalakkan, dan menjawab persoalan. Dengan begitu banyak yang mereka ingin tahu dan yang belum mereka tahu, maka tidak hairanlah mereka akan menjadi seorang yang begitu banyak bertanya. Maka jawablah semua persoalan mereka, galakkan mereka bertanya lebih mendalam, malah tanya kembali soalan kepada mereka. Apabila mereka mula tidak mendapat jawapan, maka mereka akan mula “malas” bertanya, dan keinginan itu akan mula berkurang.
Sudah tentulah jawapan tersebut perlu sesuai dengan usia mereka. Untuk anak yang masih kecil, beri jawapan yang paling ringkas dan padat.
2. Menerima dan menggalakkan penerokaan. Mereka ingin merasa semua benda. Mereka ingin pergi ke semua tempat. Galakkan mereka. Biarkan mereka meneroka baik ke dalam almari sehinggalah ke dalam hutan (pastikan keselamatan mereka juga). Ikuti mereka dari belakang untuk memastikan mereka tetap selamat.
Meneroka juga bermaksud pada deria rasa, deria bau, sentuhan, pendengaran selain dari penglihatan. Berikan mereka kebebasan untuk mengembara (setelah dipastikan keselamatan mereka).
—-bersambung—- :)

Tips Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan

Tips Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan

(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)

LANGKAH A - ANALISIS TOPIK

   1.Senaraikan semua topik yang telah dipelajari

   2.Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.

   3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.

LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT

   1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.

   2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.

   3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda  atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat.  Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

LANGKAH C - MENGULANGKAJI

   1.Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.

   2.Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan  catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.

Kepelbagaian Cara Belajar



BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

• Bahan – terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet. Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

• Kaedah – belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah dicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincang dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih. Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.

• Gaya belajar – Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik. Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang banyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali. Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikan cara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harus dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan menepati kehendak soalan.

Monday, November 1, 2010

Perlindungan Satu Keluarga Sehingga RM200,000





jAdi TunGGU ApaLagI!!! ReButLah MediCal Card YAnG TeRMuraH di MalAYsiA HARI INI jUGaK!!! 

MAlaNG YanG DatANg TiDak DiSEDarI.. LinDunGIlAh DirI AnDA SeKelUARga...